Kaedah menulis Bahasa_Melayu_Malaysia

Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang pertama dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:

Dalam zaman pascamoden, Bahasa Malayu biasanya ditulis dalam tulisan Rumi dan kadangkalanya dalam tulisan Jawi untuk pengupacaraan agama.

Tulisan Rumi merupakan sistem penulisan rasmi Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Tulisan tersebut paling kerap digunakan dalam kehidupan seharian.

Walau bagaimanapun, tetap ada pelbagai usaha yang dilancarkan untuk menghidupkan semula kaedah penulisan Jawi.

Tetapi secara rasional dan relevan telah menamatkan usaha tersebut kerana tidak rasional serta tidak relevan untuk diguna pakai kerana berkait rapat hak asasi manusia sejagat kerana malaysia adalah sesebuah negara harmoni dengan pelbagai bangsa dan etnik dan juga suku-suku kaum keturunan.

Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu pula merujuk kepada sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada tanggal 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto.

Mulai saat itu, bahasa Melayu di Malaysia dan juga bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.

Dan telah menamatkan kefungsian sistem lain selain hanya sistem penulisan sepertimana sistem ejaan bahasa inggeris sahaja yang kekal rasional dan relevan penggunaan sistem tersebut.